SELAYANG: Seorang pesakit lelaki yang menghidap masalah mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Samsudin berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.
Menurutnya, lelaki berkenaan mempunyai masalah kesihatan mental yang serius dan mengambil rawatan di salah sebuah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Menurut saksi kejadian, sekitar jam 7.45 petang, pesakit telah bertindak agresif dan dalam tempoh masa yang singkat berjaya memisahkan restrainer (penahan) pada kedua-dua belah tangannya dari katil dan melompat keluar melalui tingkap serta terjatuh ke aras 4.
"Saksi kejadian tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku begitu pantas," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelas Ummi Kalthom, jururawat yang bertugas mengaktifkan 'Code Rainbow' melalui operator dan Unit Keselamatan Hospital Selayang bergegas mendapatkan pesakit terbabit.
"Pesakit dibawa ke Zon Resus, Bahagian Kecemasan dan Trauma serta dirawat di Unit Rawatan Rapi dan berada dalam keadaan stabil.
"KKM amat kesal dan mengambil serius terhadap kejadian tersebut.
"Adalah menjadi keutamaan KKM, keselamatan pesakit dan perkhidmatan yang diberikan mengikut standard yang ditetapkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024
Hospital Selayang. - Foto Bernama
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Dengar luahan bantu pesakit mental teruskan kehidupan - Pakar
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka.
Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.
Golongan LGBT bukan pesakit mental
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dikategorikan sebagai pesakit mental.
Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.
Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
Tukang gunting rambut mengamuk guna pisau pemotong daging
Seorang tukang gunting rambut dipercayai pesakit mental ditahan polis selepas mengamuk menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang Jaya pada Rabu.
Talian HEAL 15555 bantu pesakit kesihatan mental beroperasi hari ini
Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL 15555 mula beroperasi hari ini bagi membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan awal.
Lelaki kurang siuman mengamuk atas bumbung rumah
Dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, suspek bertindak menumbuk bahagian mata isteri selain memarahi anak-anaknya.
Suspek kes raba kanak-kanak dalam lif akan dihantar ke Hospital Bahagia - Polis
Polis mengesahkan telah mengambil keterangan suspek yang dikaitkan dengan raba seorang kana-kanak berusia 12 tahun di dalam lif sebuah bangunan kediaman di Jalan Kerinchi, pada Sabtu.